PROFIL SEKOLAH


MADRASAH ZUBAIDIYAH


1.           PENGENALAN :

Madrasah Zubaidiyah telah diasaskan pada tahun 1988. Ia adalah kesinambungan institusi "Pengajian Pondok" generasi sebelumnya.

Sekolah ini telah bertanggungjawab menyebarkan ilmu agama dan akademik serta mendidik pelajar-pelajar Islam secara formal selama 20 tahun.

Tidak sekadar berperanan sebagai pesat pendidikan Islam sahaja malah ia juga berfungsi sebagai pusat pengajian yang membiayai pengajian anak-anak yatim dan pelajar yang kurang berkemampuan. Walaupun ia tidak pernah mendapat sebarang bantuan tetap dari pihak kerajaan (Kerajaan Negeri dan Pusat) namun Alhamdulillah ia semakin membangun. Inilah keberkatan membantu anak-anak yatim.

2.           MATLAMAT :

        Menyampai dan menyebarkan ilmu pengetahuan.
        Menyemai dan menyuburkan akhlak Islam.
        Membantu masyarakat melalui aktiviti agama dan sosial.

3.       PENGAJIAN :

          Sistem pendidikan di Madrasah Zubaidiyah mempunyai dua peringkat:-

          1)  Rendah           :  Tahun 1-6
          2)  Menengah       :  Tingkatan 1-5
          3)  Tahfiz              :  10 tahun -18 tahun 

4.       KURIKULUM

          Kurikulum kedua-dua peringkat (Rendah & Menengah) terbahagi kepada tiga bahagian:-

1)    Ilmu agama
2)    Bahasa Arab
3)    Akademik
4)    Tahfiz al-Quran







5.       PEPERIKSAAN

          Para pelajar diwajibkan menduduki peperiksaan yang kendalikan oleh Kementerian Pelajar Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK):-

          1)  UPSR     :  Tahun 6
          2)  PMR       :  Tingkatan 3
          3)  SMRA    :  Tingkatan 4
          4)  SPM       :  Tingkatan 5

6.       TAHFIZ AL-QURAN

        Madrasah Zubaidiyah telah berjaya mewujudkan pengajian Tahfiz al-Quran. Pihak sekolah menawarkan dua bahagian Tahfiz al-Quran:-

1)    Tahfiz al-Quran – Sepenuh masa:

-  Perhatian dan tumpuan hanya kepada hafazan al-Quran dan beberapa pelajaran sahaja seperti Tajwid, Tafsir, Hadits, Fekah, Nahu, Sorof, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

2)    Tahfiz Al-Quran + Akademik:

-      Pelajar Tahfiz di bahagian ini akan mempelajari pelajaran yang terdapat di dalam peperiksaan PMR, SMRA dan SPM.

7.       GURU

           Madrasah Zubaidiyah mempunyai barisan guru-guru yang berkhidmat dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Pihak pentadbir sekolah ini tidak mampu memberikan gaji dan elaun seperti yang diperolehi oleh guru-guru di sekolah-sekolah lain walaupun kelayakan akademik mereka adalah sama.  Kebanyakan guru-guru di Madrasah Zubaidiyah adalah graduan daripada universiti-universiti dalam dan luar negeri.

8.           SUMBER KEWANGAN

1)   Yuran :
Sumber kewangan sekolah bergantung kepada yuran pengajian bulan dan asrama yang dibayar oleh pihak waris para pelajar. Namun dengan kadar bayaran yang rendah, gaji dan elaun kakitangan hanya mampu dibayar dengan kadar yang rendah juga.

Pihak sekolah menghadapi masalah berpanjangan semenjak penubuhannya dengan sikap sebahagian waris yang cuai untuk membayar yuran yang telah di wajibkan

2)   Sumbangan orang ramai :
-  seperti derma, zakat dan wakaf.

3)    Jualan amal :
Pihak sekolah telah berjaya menerbitkan 11 buku agama dan kaset:
i)         25 Doa Pelindung Wali-wali Allah
ii)       40 Amalan Penerang Hati & Penguat Ingatan
iii)      50 Amalan Pelindung Diri & Kediaman
iv)      55 Amalan Wali-wali Allah
v)        60 Kisah Bertemu Rasulullah SAW
vi)      65 Amalan Pelembut Hati
vii)     70 Amalan Untuk Bertemu Rasulullah SAW
viii)   101 Amalan Pemurah Rezeki & Pelaris
ix)      Lailatul Qadar : Cara Untuk Memperolehinya
x)        Ayat-ayat Pengusir & Pembakar (kaset/cd)
xi)      Surat Rasulullah : Pengusir Jin Dari Kediaman (poster)

10.        KEPERLUAN

1)  Bangunan Baru : kelas pengajian dan asrama

Dengan jumlah bilik untuk kelas pengajian dan asrama yang sedikit, pihak sekolah menghadapi masalah untuk menerima permohonan pelajar baru yang melebihi kemampuan fizikal sekolah.

Untuk sesi pengajian 2011, pihak sekolah telah menolak banyak permohonan pelajar baru. Kapasiti hanya untuk 400 pelajar sahaja.

Pihak pentadbir Madrasah Zubaidiyah berkayakinan jika sekolah ini mempunyai bilik untuk kelas pengajian dan asrama yang mencukupi dan serba lengkap seperti yang diwajibkan oleh pihak kerajaan maka ia akan mempercepatkan lagi penyelesaian terhadap masalah kewangan yang telah berlarutan sejak sekian lama.

2)  Meningkatkan Kadar Gaji Kakitangan

     Menyedari dan menginsafi dengan perubahan hidup yang semakin mendesak, pihak pentadbir Madrasah Zubaidiyah bertekad untuk berjuang bagi memenuhi keperluan kakitangannya yang terus istiqamah membantu mendidik generasi muda Islam.

Walaupun menyedari bahawa ianya merupakan suatu impian yang besar dan sukar namun sekurang-kurangnya akan bertambah baik kehidupan harian semua kakitangan sekolah ini pada suatu hari nanti.

11.        PENUTUP

Inilah gambaran serba ringkas mengenai sebuah institusi pengajian Islam yang didirikan berdasarkan kesedaran dan rasa tanggungjawab terhadap ummah. Ia terus berfungsi dengan daya keinsafan dan keikhlasan untuk mengapai keredhaan Allah Ta'ala.

Semoga rahmat Allah Ta'ala akan terus memayungi setiap insan yang turut mempunyai hati yang sedar akan tanggungjawabnya terhadap ummah dan sentiasa mempasakkan keikhlasan agar bertunjang di dalam sanubarinya.